[VIDEO] "Aku Pun Tertipu" - Gurauan Kakak Dengan Adik Ini Buat Ramai Dapat Relate
Keliru jugak mula-mula tengok.
Mempunyai adik-beradik yang ramai pastinya akan terasa lebih seronok dan tidak merasa sunyi
Mana tidaknya, adik-beradiklah yang akan selalu bermain dan melakukan aktiviti gila bersama selain dengan kawan-kawan.
Cuba bayangkan kalau adik-beradik tu pula ramai, mahu tak riuh satu rumah bila semua gelak. Tentu seronok.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila si kakak cuba mengusik adiknya yang telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kakak cuba buat trick tukar duit dengan adik
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis telah melakukan trick dengan menukar duit kepada adiknya. Si kakak sebelum itu bertanyakan kepada adiknya jika dia mempunyai duit RM1 sebanyak 5 keping untuk ditukarkan.
Tetapi, selepas si kakak dapat duit RM5 sekeping itu, dia kembali kepada adiknya dan memberitahu untuk menukarkan kepada RM10 dengan alasan abang mereka mahukannya.
Namun, apa yang lebih melucukan adiknya dengan 'blur' pun bertukar duit dengan kakaknya di mana dia telah untung RM5 hasil daripada gurauan berkenaan.
"Nasihat dekat adik jangan jadi part time cashier" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat gurauan gadis tersebut.
Malah, ada juga yang sesetengahnya masih tidak memahami tentang video itu dan masih cuba hadam apa yang cuba disampaikan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 85K likes, 435 comments dan 254 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: