Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Mak Cik Call Pejabat Agama Suruh Serbu, Tak Puas Hati Pasangan Ini Lari Makan Kedai Lain

Buat malu je.

Cover image via @zed.rodzuan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi penjual atau peniaga, kualiti barangan atau makanan yang dijual perlu lah dititikberatkan

Tambahan lagi, bagi peniaga kedai makan kerana kualiti makanan haruslah dijaga. Di samping memberikan servis yang baik kepada pelanggan.

Iyalah, sebagai pelanggan kita juga mempunyai hak untuk memilih kedai makan mana yang memberikan servis terbaik betul tak?

Tular baru-baru ini apabila pasangan suami isteri berkongsi cerita diikuti oleh mak cik yang juga merupakan peniaga kedai makan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Siap call pejabat agama nak suruh tangkap tapi rupa-rupanya...

Menerusi video tersebut, pasangan itu berkongsi pada awalnya mereka semasa itu mahu makan di sebuah kedai makan yang diniaga oleh seorang mak cik ini.

Namun, selepas sejam menunggu, makanan mereka masih tidak sampai di meja. Dek kerana merasa kecewa, mereka meletakkan duit di atas meja kedai makan berkenaan dan terus beredar ke kedai mamak yang berada di sebelah.

Situasi tersebut membuatkan mak cik berkenaan merasa tidak puas hati dan mengikuti pasangan itu. Malah, mak cik itu sempat mengambil gambar secara sembunyi dan terus mengikuti mereka sampai ke hotel.

Apa yang lebih mengejutkan pasangan itu adalah mereka didatangi pegawai pejabat agama pada pukul 4 pagi. Kononnya mak cik berkenaan ingat mereka belum berkahwin, tetapi rupa-rupanya mereka sudah pun sah menjadi suami isteri.

"Sekarang ni kau dah menyusahkan aku pukul 4 pagi tengah tidur dah kena ketuk," ujar lelaki itu.

Lihat video sambungan di bawah:

"Aku tak nak tahu pasal kad nikah, aku nak tahu pasal mak cik tu. Siapa mak cik viral tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai isu berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.6M views, 142.6K likes dan 3,624 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @zed.rodzuan (TikTok)

Image via @zed.rodzuan (TikTok)

Image via @zed.rodzuan (TikTok)

Image via @zed.rodzuan (TikTok)

Tak sangka pula mak cik tu dengki sampai buat macam itu sekali ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment