seismik

Dulu Selalu Beri Layanan Buruk Pada Arwah Suami, Wanita Dedah Ibu Mentua Terima ‘Kifarah’

Wallahu a'lam.

Cover image via Sinar Harian & Homage (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas berkahwin, keluarga mentua akan menjadi sebahagian dalam kehidupan kita

Terutamanya bagi ibu dan bapa mentua. Mereka ini sudah dianggap macam ibu dan ayah kandung kita sendiri. Layanan yang baik harus diberikan.

Seperti kita semua tahu, semakin meningkat usia, semakin kita tidak larat melakukan aktiviti dan banyak benda terbatas. Malah, kita perlukan seseorang untuk menjaga kita. Kalau sudah berkahwin, si isteri atau suami lah yang menjaga.

Namun, berbeza pula dengan sebuah posting di Facebook ini apabila seorang wanita mendedahkan sikap ibu mentuanya yang akhirnya mendapat kifarah selepas melayan teruk suami telah mendapat perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Image via Facebook

Kongsi layanan ibu mentua pada bapa mentua sebelum ini

Menerusi posting tersebut, wanita berkenaan berkongsi sewaktu arwah bapa mentua masih hidup, dia sebagai menantu dan anak-anaknya selalu melihat ibu mentuanya memberi layanan yang tidak baik ketika bapa mentuanya sudah uzur.

Malah, arwah bapanya itu selalu dimarahi. Sikap ibu mentuanya mula berubah kerana malu untuk menguruskan arwah bapa mentuanya jika kawan-kawannya datang ke rumah.

Selepas arwah bapa mentuanya meninggal dunia, giliran ibu mentuanya pula jatuh sakit, situasi itu sama seperti yang pernah dihadapi oleh bapa mentuanya dulu.

Namun, wanita ini dengan menantu lain cuba yang sebaik mungkin untuk membantu tetapi ia sangat terhad kerana mempunyai komitmen sendiri dengan orang tua mereka.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Suara

"Akhirnya ada juga cerita berguna dalam group ni, sebagai pedoman" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 840 likes, 239 comments dan 67 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Moga cerita yang dikongsikan ini boleh dijadikan iktibar buat para pembaca.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: