Tak Nampak Kekasih Dalam Mimpi, Wanita Tiba-Tiba Minta Putus Lepas Solat Istikharah
Hmm?
Tidak dinafikan, solat istikarah sangat bagus dilakukan bertujuan memohon petunjuk daripada Allah SWT dalam membuat sesuatu pilihan yang terbaik
Solat sunat ini selalunya ditunaikan bagi memecah kekeliruan, ketidakpastian ataupun menambah keyakinan dalam membuat pemilihan.
Namun, lain pula terjadi dengan posting di Facebook ini apabila seorang individu berkongsi tangkap layar seorang wanita tiba-tiba meminta putus dengan kekasihnya kerana tidak muncul dalam mimpi selepas melakukan solat tersebut telah mendapat perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Minta putus sebab kekasih tak muncul dalam mimpi
Menerusi posting berkenaan, dapat dilihat perbualan WhatsApp itu memaparkan lelaki berkenaan meminta agar teman wanitanya untuk tidak diputuskan hubungan tersebut.
Hal ini kerana, selepas wanita berkenaan dikatakan tidak melihat teman lelakinya muncul di dalam mimpi.
Namun begitu, lelaki tersebut telah cuba untuk meyakinkan teman wanitanya bahawa petunjuk yang dimahukan tidaklah semudah itu.
Tetapi wanita berkenaan tetap berkeras dengan keputusannya dan menjelaskan tidak ada sebab apabila ditanya oleh lelaki itu.
"Padahal dah ada jantan lain" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1.3K likes, 867 comments dan 262 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!