"Saya Nak Dia Hidup Bahagia" - Suami Sanggup Beri Buah Pinggang Kiri Pada Isteri
Besar jasa awak bang.
Suami dan isteri perlulah saling bertolak ansur dalam sesebuah rumah tangga
Hal ini kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Banyak cara yang boleh kita buat untuk membahagiakan pasangan. Namun, jasa yang sangat besar pasti akan diingati sampai bila-bila.
Begitulah yang terjadi kepada pasangan ini apabila si suami sanggup mendermakan buah pinggang kirinya buat isteri tercinta atas masalah kesihatan.
Bukhari, 25, mendapat tumpuan ramai kerana kesudiannya mendermakan buah pinggang kiri kepada isteri, Nurul Hasanah Salim, 31, menerusi prosedur transplan, 12 Mei lalu.
Mahu isteri bahagia dan jalani kehidupan seperti orang lain
Menerusi sumber, Bukhari berkongsi, dia diijabkabulkan dengan Nurul Hasanah pada 25 September 2020 dan hanya dapat menjalani kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri selama seminggu sebelum isterinya dikejarkan ke hospital akibat komplikasi teruk pada buah pinggang.
Demi menyelamatkan nyawa Nurul Hasanah, Bukhari mengikut saranan doktor dengan menjadi penderma buah pinggang kerana enggan isterinya terus melakukan rawatan dialisis.
"Hasil pemeriksaan awal ujian darah yang dilakukan oleh isteri menunjukkan keputusan tidak normal, kemudian doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang kerana organnya itu mengecut dengan fungsi hanya lima peratus saja.
"Doktor kata kalau nak hidup normal kena dapatkan buah pinggang daripada penderma hidup atau mati otak, jadi saya tawarkan diri (untuk jadi penderma) dan teruskan hasrat itu selepas berbincang serta dapat restu keluarga," katanya
Hasil ikhtiarnya dan dengan izin Allah, Nurul Hasanah kini tidak lagi menderita akibat penyakit buah pinggang.
"Isteri berhak hidup sihat seperti orang lain. Sebagai suami, saya nak dia hidup bahagia," tambahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!