seismik

Baru Tamat Pengajian Belajar, Graduan Ini Ditawarkan RM11K Sebulan Kerja Di Singapura

Rezeki.

Cover image via Utusan & Nations Online

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM), Wong Wei Jie yang baru saja menamatkan pengajiannya kini mendapat gaji bulanan sangat lumayan iaitu RM11,000

Difahamkan, dia diterima bekerja di sebuah syarikat antarabangsa Denmark, Maersk Omnichannel Fulfilment yang berpangkalan di Singapura.

Menerusi sumber, anak jati Sabak Bernam, Selangor itu memegang jawatan sebagai ‘Global Management Trainee’ di syarikat tersebut selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) di UUM.

Wong Wei Jie dan Ahmad Afiq Iqmal Ahmad Said sewaktu menghadiri Majlis Konvokesyen UUM.

Image via Utusan

Bukti usaha tidak mengkhianati hasil

Menurutnya, pekerjaan kebanyakan majikan mencari graduan yang memiliki ciri-ciri khusus seperti ilmu, kepakaran dalam bidang tertentu dan soft skills terutamanya kemahiran berkomunikasi yang memudahkan urusan.

“Dunia kerjaya, memang sangat berbeza dengan menuntut ilmu di universiti dari segi membina hubungan dengan staf yang lain, jaringan antara jabatan.

“Apa jua kerja sekalipun, ilmu paling utama, pengalaman dan kemahiran yang dipelajari ini juga merupakan satu bentuk pendidikan yang mampu mencorak masa depan yang cerah,” katanya.

Malah, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama dengan purata nilai gred keseluruhan (PMK) 3.84.

Tahniah dan selamat bekerja nanti! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: