seismik

Pukulan Smash Lebih Pantas Daripada Kereta F1, Pearly Tan Catat 'Guinness World Records'!

Smash pemain berusia 23 tahun itu direkodkan lebih laju berbanding kelajuan kereta Formula Satu (F1).

Cover image via Facebook & BAM

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemain beregu wanita Malaysia Pearly Tan secara rasmi memegang Rekod Dunia Guinness untuk smash badminton wanita terpantas

Pengumuman itu dibuat  di laman Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Pearly Tan kami sendiri mencipta rekod dunia baharu untuk smash badminton wanita terpantas dengan 438km sejam yang luar biasa!" tulis mereka.

Memahatkan namanya dalam buku rekod kategori Badminton Hit (Wanita) Terpantas, pencapaian itu dibuat di gimnasium di Kilang Yonex Co Ltd Tokyo di Saitama, Jepun, pada 14 April, dan disahkan secara rasmi oleh hakim Guinness World Records.

Difahamkan, pukulan hebat pemain berusia 23 tahun itu lebih pantas daripada kelajuan rekod kereta Formula Satu (F1) iaitu 372.6km sejam

Pada hari yang sama di Kilang Yonex di Jepun, pemain badminton India, Satwiksairaj Rankireddy turut memecahkan rekod bagi kategori Badminton Hit (Lelaki) Terpantas bersama Pearly Tan, mencapai rentak menakjubkan 565km sejam.

Laman web rasmi Yonex menjelaskan, impak smash yang dilakukan telah dirakam menggunakan kamera berkelajuan tinggi. Kelajuan bulu tangkis selepas impak smash kemudian dikira berdasarkan rakaman fotografi.

Jarak pergerakan dan masa yang diambil oleh bulu tangkis dikira antara dua koordinat kelajuan segera dikira berdasarkan pengukuran jarak, masa, dan kelajuan.

Berikut adalah posting yang dimuat naik oleh Facebook Persekutuan Badminton Dunia (BWF), meraikan kejayaan pecah rekod Pearly Tan dan Satwiksairaj:

"The power girl. Congratulations Pearly Tan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 8.4K likes, 340 comments dan 479 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di Facebook:

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Tahniah diucapkan! Power betul smash Pearly Tan ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: