seismik

Tular Video Tikus Tengah Makan Ayam Mentah Dijual, Ramai Pula Yang Geli

Geli lah tengok.

Cover image via @fadhilahmad3031 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebersihan sesuatu kawasan sememangnya memainkan peranan yang penting kepada peniaga

Terutama di tempat membeli makanan betul tak? Boleh hilang selera rasa kalau nampak haiwan yang tidak diingini muncul. Loya rasa tekak.

Itulah yang berlaku apabila tular sebuah video memaparkan seekor tikus sedang makan ayam mentah di sebuah kedai runcit telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@fadhilahmad3031 aku lupa nak up video kene stanby dgn nitizen² puaka ni , sepatut aku kene rakam smpi owner kedai melingkup la br nitizen puas hati sedetail² nya kene bg tau ... aku share br korg beringat , video ni pun dh 2,3minggu br aku teringat nak share .. masa aku rakam ada org lain dh bagi tau , ishhhhh mengkome niii kannn, lantak korg la nak kecam ke apa ke yg pntg beringat la membeli lauk basah terdedah ni risiko gini pasti ada tu je yg aku nak smpi kan , kalau aku pntg diri aku tak share g lantak korg laaa yg beli korg yg makan ... #rattatouille #tikus #kedaiaceh #fyp #ikuttrend #xyzbca Stel Kendo Stel Kenceng Jedag Jedug - Rian DTM

Geli lihat tikus dekat kawasan tempat beli ayam

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu semasa itu sedang berada di sebuah kedai runcit yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Namun, dia tiba-tiba terlihat kelibat seekor tikus di kawasan menjual ayam mentah yang diletakkan secara terbuka di situ.

Lebih menjijikkan lagi, tikus itu dilihat sedang memakan ayam mentah berkenaan. Menurut pemilik video berkenaan, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak kedai oleh orang lain.

"Manalah tak gemuk tikus tu. Makan sedap" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 129.1K views, 2,674 likes dan 313 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kena cepat-cepat buang ayam tu bahaya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: