seismik

Mengidam Punya Pasal, Hajat Wanita Mengandung Teringin Nak Bawa Motor RXZ Ditunaikan

Dapat juga dia bawa ya.

Cover image via @zahiruddin_89 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, wanita yang sedang mengandung tentu banyak pantang larangnya

Hal ini juga kerana demi menjaga kandungan bayi di dalam perut mereka. Jadi, mereka tidak dibenarkan melakukan aktiviti sembarangan takut lain pula yang jadi.

Pun begitu, kita sering mendengar wanita mengandung banyak mengidam bukan? Tambahan lagi yang rare dan agak susah ditunaikan. Tetapi, si suami haruslah menunaikannya takut sedih pula nanti.

Seperti video di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita mengidam untuk membawa motosikal RXZ telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@zahiruddin_89 Lgi 3 minggu nk besalin.. Mengidam nk bawak moto.. pelik je adik aku ni #SEO #seo #raya #mengandung #besalin #rempit #mengidam #pelik original sound - Muhammad Zahiruddin

Lepas mengidam sebab dapat bawa motor RXZ

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang merupakan adik kepada wanita berkenaan telah merakam momen di mana kakaknya membawa motor tersebut.

Difahamkan, wanita tersebut sedang mengandung dan mengidam untuk membawa motosikal. Namun, ia bukanlah sebarang motosikal kerana dia hanya ingin membawa motosikal jenis RXZ.

Hajat wanita itu akhirnya ditunaikan selepas dia mendapat sebuah motosikal RXZ dan membawanya sendiri sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain.

Lihat video sambungan di bawah

@zahiruddin_89 Lgi 3 minggu nk bersalin. Mengidam nk naik moto rare.. Xckup seround dia tambah lgi seround #SEO #seo #mengidam #mengandung #bersalin #besalin #raya #suzuki #rempit #rare original sound - Muhammad Zahiruddin

"Mesti lepas naik motor tu baby happy" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi perkara yang sama dan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 377.7K views, 19.4K likes dan 498 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Dapat juga dia bawa motor tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: