seismik

"Vietnam Roll Ke" - Isteri Terhibur Tengok Cara Si Suami Bedungkan Anak

Bapa dia main bantai ya.

Cover image via @hanafamily23 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cahaya mata merupakan pelengkap dalam rumah tangga suami isteri

Tambahan lagi, apabila sudah lama menantikan cahaya mata. Pasti bersyukur rasa dalam hati. Mereka inilah yang akan menjadi penghibur dalam rumah tangga kita.

Menjaga anak bukan saja tugas isteri tetapi perlulah bekerjasama antara suami dan isteri. Tak akan nak mengharapkan isteri saja betul tak? Sudah lah mereka melahirkan dan kena menjaganya pula.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat suaminya yang sedang membedung anak mereka telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Terhibur lihat suami 'guling' anak nak bedung

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang isteri berkongsi gelagat suaminya ketika mahu membedung anak mereka.

Dapat dilihat si isteri terhibur melihat gelagat suaminya yang tidak berapa mahir membedung sehingga menyebabkan dia menggulingkan anak mereka supaya ia dapat membalutnya.

"Kuih ketayap terlebih inti ni bang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 157.7K likes dan 3,570 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Main bedal je ya bang, asalkan berbalut :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: