seismik

Rakan Terhibur Tengok, Member Bantai Beli Pinggan Jamuan Senipis Helaian Kertas

Aduhai bang!

Cover image via @aimangriezman (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, persiapan membuat jamuan memerlukan beberapa barang untuk memudahkan orang ramai mengambil makanan

Contohnya seperti pinggan pakai buang, cawan, sudu, garfu dan sebagainya. Kesemua ini biasanya akan dibeli dalam kuantiti yang banyak jadi tidaklah perlu berebut nanti.

Malah, ia lebih memudahkan jika tugas-tugas membeli barang tersebut diagih-agihkan kepada setiap orang betul tak?

Lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang lelaki terhibur melihat pinggan yang dibeli rakannya untuk jamuan mereka telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@aimangriezman Kot ye pun nk beli pinggan kertas time jamuan , beli yg tebal sikit #fyp #fyp #funny #fypage #jamuanraya #fypviral Ngakak - Mas Gombal

Ingat beli pinggan tapi rupa-rupanya lain pula

Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu sekumpulan lelaki sedang mengadakan jamuan di sebuah tempat.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila seorang rakannya yang diminta untuk membeli pinggan pakai buang menjadi lain.

Dapat dilihat ia sangat nipis dan rupa-rupanya bukanlah pinggan tetapi baking paper yang dibelinya. Situasi itu membuatkan mereka semua ketawa melihatnya.

"Ini la malasnya kalau suruh lelaki bawa barang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan reaksi mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 425.3K views, 15.6K likes dan 1,314 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Ini memang bukan pinggan masalahnya bang! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: