seismik

Hampir Sejam Duduk, Geng Lelaki Ini Baru Perasan Salah Rumah Kenduri Kahwin Rakan

Terkejut member tengok muka orang lain.

Cover image via @kijaeee (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan yang baru bernikah pasti akan membuat kenduri kahwin sempena meraikan mereka

Pada majlis perkahwinan inilah mereka menjemput ramai tetamu seperti sanak-saudara, dan rakan-rakan untuk turut sama meraikan hari bahagia mereka.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, semua jemputan kini boleh dibuat melalui telefon pintar saja lebih mudah. Malah, segala maklumat juga turut disertakan sekali.

Lain pula dengan video di TikTok ini apabila sekumpulan lelaki merasa malu kerana tersalah pergi majlis kahwin rakan mereka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@kijaeee Dah duduk sejam baru perasan silap kenduri. Dah la nama pengantin sama, kampung pun sama jugak. Awat tak kalut *Kepada pasangan pengantin ataupun keluarga pengantin semalam yang nampak video ni, saya dan kawan kawan mintak halal makan minum ya. takdan nak pi jumpa tuan rumah, kami malu #fyp #tiktokmalaysia original sound - Jelly Hangit

Keliru sebab nama pengantin sama

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki semasa itu sedang berada di sebuah majlis kahwin difahamkan rakan mereka.

Namun, selepas hampir sejam menunggu ketibaan pengantin. Mereka baru perasan rupa-rupanya itu bukanlah rumah rakan mereka yang betul.

Situasi itu membuatkan mereka malu dan terus beredar kerana tersilap rumah. Selepas dilihat kembali alamat dan nama barulah mereka akhirnya tiba di destinasi yang betul. Bagaimanapun, difahamkan pengantin tersebut telah menghalalkan makan minum mereka.

"Patut lah salah alamat nama sama pengantin lelaki" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat geng lelaki berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 171K views, 8,157 likes dan 246 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, jem member sampai-sampai lain muka pengantin :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: