Gelagat Abang-Abang Berkumpul Sebab Teruja Lihat Adik Baru Lahir Ini Jadi Perhatian
Comel je semua tengok.
Dalam adik-beradik, kehadiran adik dalam keluarga sememangnya dapat memeriahkan lagi keluarga
Tambahan lagi, bila ada yang dah lama mahukan adik dan akhirnya termakbul. Pasti rasa teruja itu membuak-buak bukan? Sehingga tak lepas nak lihat wajah si adik yang baru lahir itu.
Sama seperti video di TikTok ini apabila sekumpulan abang teruja melihat kelahiran adik baru mereka telah mendapat tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak kelip mata tengok si adik yang baru lahir
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi gelagat si abang-abang selepas menerima orang baru.
Difahamkan, mereka begitu teruja dan tidak berkelip mata selepas menerima kehadiran adik baru mereka.
Lebih mencuit hati lagi, semuanya dilihat berkumpul berdekatan dengan bayi tersebut sambil melihat dan memegang adik baru mereka berkenaan.
"Kalau adik perempuan habis la calon suami" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 731.5K views, 42.1K likes dan 1,331 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!