seismik

Owner Tak Selesa Anak Saudara Mak Kerap Datang Rumah, Siap Minta Sediakan Barang 'Free'

Macam itu pula.

Cover image via Twitter & Dapur Mamasya (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika berkunjung ke rumah orang, kita mestilah menjaga adab sebagai tetamu

Malah, tuan rumah juga perlu melayan tetamu yang datang dengan baik. Ia sangat penting bukan saja dalam masyarakat tetapi dalam agama Islam.

Tetapi, kalau tetamu pula yang 'buat hal' seolah-olah menyusahkan tuan rumah bagaimana pula bukan? Siapa saja boleh tahan kalau perangai begitu.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter memaparkan seorang individu meluahkan perangai tetamunya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Anak saudara mak selalu datang rumah sebab nak makan percuma

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu tidak dikenali telah berkongsi perasaannya terhadap seorang tetamu.

Difahamkan, tetamu berkenaan merupakan anak saudara kepada ibunya. Pada awalnya, si ibu tidak keberatan untuk menerima kehadiran anak saudaranya itu.

Namun, selepas beberapa lama keadaan semakin bertambah keruh apabila anak saudaranya itu seperti mengambil kesempatan terhadap ibunya.

Bukan itu saja, lebih teruk adalah pasangan suami isteri tersebut turut mempunyai seorang anak dan setiap kali mereka datang ke rumah, segala barang keperluan bayi itu pun tidak dibawa. Malah, si ibu pula yang terpaksa membeli dan menyediakan lampin pakai buang serta barangan bayi berkenaan.

"Currently, my mom dia rasa tak selesa sebab sentiasa macam tu. Kadang-kadang kita dah bagi hint pun dia buat tak tahu"

"I also tak selesa dengan both person sebab suka main terjah rumah," 
luahnya lagi.

Image via Twitter
Image via Twitter

"Orang yang bagi hint tak dapat ni, either buat-buat pekak ataupun memang tak ada common sense" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai isu itu.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 27.1K views, 43 retweets dan 130 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter

Susah juga dengan orang yang tak faham bahasa ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: