seismik

Baru Saja Bersalin Czer 4 Bulan, Wanita Ini Terpaksa Tanggung Sakit Sebab Hamil Lagi

Harap terus kuat.

Cover image via @akashellahi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pasangan suami isteri, menimang cahaya mata pastinya saat yang paling menggembirakan buat mereka

Hal ini kerana pasti ada yang sudah menunggu lamanya untuk mendapatkan zuriat. Malah, ada juga mempunyai rezeki cepat menimang cahaya mata awal.

Kebiasaannya, doktor akan sarankan pasangan harus menjarakkan perbezaan umur anak supaya luka dalaman selepas bersalin betul-betul sembuh. Tetapi, siapalah kita mahu menentukan takdir betul tak?

Seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita hamil lagi selepas dua bulan dia bersalin telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Hamil lagi selepas empat bulan bersalin

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan warga Indonesia itu berkongsi apabila wanita yang disahkan hamil anak keduanya selepas empat bulan melahirkan cahaya mata pertamanya bersama suami.

Difahamkan, wanita itu melahirkan anak sulungnya dengan kaedah czer pada tahun lalu. Semasa diperiksa, doktor mengesahkan kandungan itu sudah berusia 2 bulan.

Dapat dilihat wanita itu terpaksa menanggung sakit ketika mahu berjalan kerana luka pembedahannya masih belum sembuh.

Lihat video sambungan di bawah:

"Semoga yang ke-3 jangan dekat-dekat dulu" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 17.8M views, 603.6K likes dan 18.8K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Mana tak sakit, dekat sangat jaraknya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: