Pandu Perlahan, Pemilik Kereta Ini Tampal Nota Beritahu Isteri Baru Lepas Bersalin Czer
Suami dia risau.
Bagi pasangan suami dan isteri, menimang cahaya mata adalah saat yang paling menggembirakan
Namun begitu, pasti banyak cabaran yang perlu dihadapi terutama sekali buat si isteri yang harus bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.
Tidak semua para ibu menjalani proses kelahiran normal kerana ada juga yang perlu dibedah untuk melahirkannya. Tentu sekali ini adalah satu pengorbanan besar buat mereka.
Tular sebuah video di TikTok ini yang memaparkan pemandu sebuah kenderaan menampal nota dibelakang kereta selepas isterinya bersalin secara pembedahan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Beritahu pengguna jalan raya lain terpaksa bawa perlahan
Menerusi video tersebut, seorang individu berkongsi situasi semasa dia sedang memandu di sebuah jalan raya.
Dia kemudian menyedari kereta di depannya memandu secara perlahan, rupa-rupanya ada nota yang ditampal di belakang kereta itu. Disebabkan itu, dia tidak memotong dan memberi peluang kepada kereta berkenaan.
"Harap maaf, wife saya bersalin czer," tulis pemilik kereta itu.
"I wish my husband would have done this for me" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan pemilik kereta itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 112.6K views, 4,995 likes dan 93 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!