seismik

[VIDEO] Kesian Tengok Guard Hanya Bungkus Makan Dengan RM5, Pemuda Baik Hati Ini Belanja

Murah rezeki dia.

Cover image via @bang.jad (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, banyak harga barangan dan makanan di pasaran semakin meningkat

Disebabkan itu, kita perlu berjimat jika mahu membeli apa-apa barangan. Ramai orang yang melakukan bermacam-macam kerja sekarang untuk mendapatkan duit. Ada yang sanggup mengikat perut kerana tidak cukup duit.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki baik hati belanja makan seorang pengawal keselamatan kerana kasihan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@bang.jad Kalau korang nampak apa korang buat ? #kongsirezeki original sound - Bang jad

Hanya berbekal RM5 untuk makan malam

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu pada masa itu sedang berada di sebuah kedai makan. Dia kemudian terlihat seorang guard ini ingin membeli nasi campur, tapi duit yang ada di tangannya hanyalah ada RM5 sahaja.

Dia juga meluahkan rasa kasihannya kepada guard itu kerana dengan harga yang makin meningkat, lauk apa saja yang boleh dibeli dengan RM5 itu.

Sebak melihat keadaan guard berkenaan, individu itu kemudian menawarkan untuk belanjanya dan menyuruh dia mengambil apa saja lauk yang diinginkan.

"Terbaik bang sebab buat inspirasi untuk orang lain" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan lelaki berkenaan dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 954.5K views, 77.3K likes dan 2,627 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Murah rezeki abang ini belanja orang makan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: