"Habis Syaitan Kena Tembak" - Aksi Pak Cik Ketika Melontar Jamrah Ini Curi Tumpuan
Geram betul pak cik.
Seperti semua tahu, Haji adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia
Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam. Kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya.
Malah, jemaah haji melakukan ibadah melontar di tiga jamrah yang melambangkan lontaran batu ke arah syaitan.
Berbeza pula dengan seorang lelaki ini apabila videonya melontar jamrah dengan aksi 'menembak' telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Geram sangat sampai nak 'menembak'
Menerusi video tersebut, kelihatan jemaah haji sedang melontar jamrah iaitu melemparkan batu-batu kecil di tiga dinding.
Ia adalah salah satu daripada siri perkara wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jemaah haji mesti melontar satu daripada jamrah besar (jamratul kubro) dengan tujuh biji batu.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah aksi seorang lelaki yang membuat gaya 'menembak' ketika berada di situ. Lelaki berkenaan dilihat mengangkat tongkatnya lalu 'menembak' di setiap dinding tersebut.
"Syarat sah haji kena waras pak cik. Jangan emo sangat" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka terhadap video berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 11.6M views, 804.1K likes dan 15.4K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!