seismik

Geng Trader Tunjuk Kehidupan Mewah Naik Jet Peribadi, Pilot Ini Dedah Rupa-Rupanya...

Aduhai, apalah.

Cover image via @mrturboprop (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang di sosial media ramai orang berkongsi tentang kejayaan mereka dalam bidang saham

Disebabkan itu, mereka telah mengajak ramai orang untuk turut serta menyertai bermain saham tersebut.

Antara tarikan untuk membuat orang ramai menyertai mereka adalah dengan menunjukkan kehidupan mewah, duit yang banyak dan sebagainya.

Namun, tular sebuah video baru-baru ini apabila seorang lelaki mendedahkan sesuatu terhadap video beberapa orang trader ini telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kantoi rupa-rupanya sewa untuk konten saja

Menerusi video tersebut dapat dilihat seorang lelaki menaiki sebuah jet peribadi bagi menjayakan program itu sambil diringi rakan yang masing-masing memiliki kereta mewah.

Selepas tularnya video berkenaan, ia mendapat reaksi seorang juruterbang yang menonton dan mendedahkan sesuatu.

Menurut juruterbang itu, pesawat tersebut sebenarnya tidak bergerak atau terbang di udara sebaliknya hanya keluar masuk dalam kawasan landasan saja.

Tambahnya, pesawat itu melalui perkhidmatan Flightradar24 untuk mengesan maklumat penerbangan.

"Lepas ni depa sewa kapal selam pula. Dah kantoi ni kan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menyindir geng-geng trader berkenaan dan ada juga yang terhibur melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.6M views, 224.3K likes dan 6,849 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alamak, habis kantoi semuanya ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: