"Ingat Mak Aku B*doh ke" - Wanita 'Terhibur' Ibu Terima Mesej Scam Konon Ugutan Bunuh Anak
Macam-macam sekarang.
Zaman sekarang dengan perkembangan teknologi, macam-macam perkara kita boleh lakukan
Malah, teknologi kini juga telah sedikit sebanyak telah memudahkan tugas harian kita betul tak? Sosial media juga boleh dilihat dengan hanya di hujung jari. Pelbagai informasi kita boleh dapat.
Namun, dalam pada masa yang sama kita juga perlu berhati-hati kerana teknologi juga boleh membahayakan kita. Tambahan lagi dengan kes penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.
Baru-baru ini, tular sebuah ciapan memaparkan seorang wanita hanya 'terhibur' melihat mesej yang diterima oleh seorang scammer telah mencuri perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Kongsi mak pun dapat mesej scam dari nombor sama
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan pada awalnya seorang individu berkongsi ibunya telah menerima satu panggilan yang mengatakan anaknya diculik.
Mujur saja ibu individu itu terpedaya dengan panggilan tersebut. Menurutnya ia adalah taktik baru scammer untuk mendapatkan duit daripada orang ramai.
Malah, tambahnya scammer itu menyasarkan golongan berusia saja.
"Yang kelakarnya, WhatsApp ada DP" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 6,460 retweets, 615 quotes tweets dan 6,594 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!