seismik

Konon Nak Scam Orang, Scammer 'Koyak' Habis Bila Wanita Ini Bantai Guna Loghat Kedah

Padan muka dia.

Cover image via @yanalynlegacy (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, banyak kes penipuan yang kita boleh lihat tidak kira umur

Tambahan lagi, bagi yang sudah bekerja kerana mereka sering menjadi sasaran penipuan untuk menghulurkan duit.

Penipuan ini boleh terjadi dalam macam-macam cara seperti dalam talian dan juga melalui panggilan telefon. Jadi, sebab itu kita harus lebih peka dan berwaspada.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang wanita melayan scammer dengan bercakap menggunakan loghat kedai telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@yanalynlegacy Seronok kadang layan scamer nie,dk sruh kita jaga adab plak, aku nk tegelak sgt2 dh dia xtau#fyp #fyp #scammer #scam #kedahdarulaman bunyi asal - YanAlyn Legacy

Scammer sampai give up nak bercakap

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang bercakap dengan seseorang melalui panggilan telefon.

Difahamkan, individu itu adalah scammer yang memberitahu dia ada membeli Touch ‘n Go ada masalah yang perlu diselesaikan.

Dek kerana peka dan tahu itu scammer, wanita berkenaan melayankan saja perbualan itu. Apa yang lebih mencuit hati lagi adalah dia siap menggunakan loghat Kedah sehingga scammer itu pun give up mahu bercakap dengannya kerana tidak berapa faham.

"Sampai mengucap member tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 310.3K views, 14.7K likes dan 732 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Itulah nak kenakan orang konon, kan dah terkena balik :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: