seismik

Member Sampai Merajuk, Kawan Datang Rumah Tapi Tak Makan Banyak Ini Cuit Hati Ramai

Merajuk je sis!

Cover image via @shzmnn (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tetamu adalah orang yang kita perlu hormat dan dilayan dengan elok

Hal ini kerana kehadiran tetamu itu seperti rezeki dan perkara baik. Kita sebagai tuan rumah perlu lah melayani mereka dengan baik seperti menghidangkan minuman ataupun makanan.

Sampai kadangkala banyak makanan untuk tetamu kita ini betul tak? Tapi janganlah pula sehingga berlaku pembaziran.

Lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang gadis merajuk dek kerana rakannya tidak makan banyak ketika datang ke rumah telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Merajuk sebab rakan tak makan banyak masa open house

Menerusi video tersebut, kelihatan tiga orang gadis sedang berada di luar kawasan rumah selepas menghadiri open house yang dijemput oleh salah seorang mereka.

Sedang asyik tuan rumah menghantar mereka berdua menuju ke kereta untuk pulang, tiba-tiba dia memberitahu rakannya itu tidak makan banyak di rumahnya.

Situasi itu membuatkan dia seolah-olah seperti merajuk dan menoleh sambil mencangkung di tepi. Ia membuatkan gadis berkenaan tergelak dan memujuknya dengan memberitahu dia sudah memakan banyak.

"Nasib baik dia merajuk tak terjun longkang" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 349K views, 45.9K likes dan 112 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sampai marah member tau sebab tak makan banyak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: