seismik

Ubah Suai Flat Macam Banglo, Tuan Rumah Siap Buat Sambungan Besarkan Rumah

Bukan main dia.

Cover image via Twitter & The Rohani

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rumah merupakan kediaman untuk berteduh dan berlindung bagi seisi keluarga

Sudah tentu, masing-masing mempunyai rumah impian mereka sendiri. Namun, dengan ekonomi dan harga rumah yang semakin mahal sekarang membuatkan ramai yang tidak dapat membeli rumah idaman mereka.

Lain pula dengan posting yang tular di Twitter ini apabila seorang individu berkongsi gambar keadaan sebuah rumah flat telah mendapat perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Image via Twitter

Siap renovate besar sebab rumah belah bawah

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi keadaan rumah flat di sebuah kawasan.

Dapat dilihat, di bahagian tingkat bawah tuan rumah telah membuat ubah suai seolah-olah ia sudah menjadi seperti sebuah rumah teres.

Malah, dapat dilihat dalam gambar itu unit flat berkenaan siap mempunyai tempat letak kereta yang dibina di atas tanah majlis perbandaran.

Image via Twitter

"Sebenarnya rumah yang atas tu semua tumpang ke rumah dia. Dia tuan tanah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen semua memberikan pelbagai reaksi dengan memerli dan memberikan pendapat mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 2,034 retweets, 126 quotes tweets dan 3,958 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Amboi, luas betul tanah rumah dia ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: