[VIDEO] Wanita Ini Kecewa Tak Boleh Buka Akaun Bank, Alasan Sebab Status Suri Rumah
Kesian dia.
Kebiasaannya, apabila sudah bekerja kita pasti akan membuka akaun bank untuk gaji dan sebagainya bukan?
Bukan itu saja, bank merupakan tempat penting di mana kita akan menyimpan duit di situ berbanding menyimpan sendiri di dalam tabung atau sebagainya.
Adalah lebih baik jika anda yang tiada akaun bank segera membukanya. Mudah pun mudah sekarang kerana terdapat juga perbankan secara dalam talian.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat membuka akaun bank hanya kerana 'statusnya' telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kecewa tak dapat buka akaun sendiri sebab status
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan memberitahu dia ingin membuka akaun banknya di salah sebuah bank.
Difahamkan, pada awalnya dia sudah memberitahu dia adalah seorang suri rumah dan ada dimaklumkan apa dokumen yang perlu dibawa.
Dia kemudiannya datang semula pada bank tersebut pada hari berikutnya bersama anaknya. Namun, selepas dua jam menunggu giliran. Dia diberitahu dia tidak boleh membuka akaun bank kerana statusnya adalah seorang suri rumah.
Situasi itu membuatkan dia merasa sangat kecewa kerana pada awalnya dia sudah dimaklumkan boleh membukanya.
"This is the second time saya datang. Tiba-tiba saya datang hari ini dua jam saya tunggu end up tak boleh buat. Kenapa dari awal saja tak beritahu suri rumah tak boleh"
"Kita orang suri rumah pun ada maruah ya, kalau tak boleh cakap sajalah tak boleh buat daripada awal," ujarnya dalam keadaan sedih.
"Dia orang tak tahu ke suri rumah ni terpaling pandai buat sales. Pandai cari duit" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 829.9K views, 31.7K likes dan 7,891 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!