"Time Order Tak Fikir Kewangan" - Wanita Bengang Lihat Cara Pelanggan Ini Balas Mesej
Tak ada duit tak payahlah beli kak.
Banyak sekarang kita boleh perkhidmatan membeli barang secara dalam talian yang memudahkan
Bukan itu saja, sekarang juga terdapat perkhidmatan seperti personal shopper di mana anda boleh mengirim barang peribadi atau sebagainya kepada mereka.
Mereka ini akan pergi ke kedai tersebut dan beratur untuk anda. Jadi, tak perlu lah anda letih menunggu barang yang anda nak itu.
Lain pula di Twitter ini apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewanya melihat cara pelanggan membalas mesej selepas ditegur telah mendapat perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Minta tolong belikan, tapi bila minta bayaran pula buat 'ayat sedih'
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan personal shopper berkongsi perbualan mesej di antaranya dengan seorang pelanggan.
Difahamkan, pada awalnya pelanggan itu meminta dia untuk membelikannya satu botol minyak wangi.
Namun, apabila wanita itu meminta bukti bayaran, pelanggan itu mula memberitahu ada masalah kewangan. Situasi itu membuatkan dia marah dan memberitahu untuk mengeluarkannya daripada group berkenaan.
Malah, wanita itu siap memesan untuk tidak melakukan perkara yang sama kepada personal shopper yang lain.
"Bukan takat tak ada duit. Tak ada otak sekali tu. Berat kes" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam cara pelanggan terbabit dan memberikan pelbagai reaksi.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 429 retweets, 57 quotes tweets dan 1,024 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!