seismik

Tak Boleh Nak Telan Ubat Pil, Gadis Ini Sampai 'Pujuk' Dekat Doktor Nak Ubat Cair

Nak buat macam mana kan.

Cover image via @noturmanja (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ubat merupakan salah satu kaedah untuk memulihkan diri kita daripada penyakit

Dengan memakan ubat, ia sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk sembuh dan lebih sihat. Malah, terdapat pelbagai jenis ubat di pasaran sekarang.

Namun, tidak semua orang boleh menerima untuk makan ubat mungkin kerana takut dan sebagainya. Malah, ada juga yang tidak boleh menelan sesetengah ubat disebabkan saiznya.

Sama seperti video di TikTok ini apabila gelagat seorang gadis ketika berjumpa doktor telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Terpaksa hancurkan ubat sebab tak boleh telan

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis berkenaan sedang berjumpa dengan doktor di sebuah klinik.

Dia kemudian bertanyakan sama ada bolehkah doktor memberikan ubat berbentuk cecair daripada ubat pil. Namun, doktor itu memberitahu tidak ada, dan kesemua ubat dewasa adalah dalam bentuk pil.

Situasi itu membuatkan dia kecewa dan seperti menahan sebak kerana dia berkongsi tidak boleh memakan ubat pil. Ia kerana ia mungkin akan dimuntahkan kembali.

Namun, dia terpaksa menghancurkan ubat tersebut supaya senang untuknya memakan ubat berkenaan tanpa perlu membuang kembali.

Lihat video sambungan di bawah:

"Aku pula tak suka ubat cair suka pil hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 522.3K views, 66.5K likes dan 1,640 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak apalah yang penting makan sis! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: