seismik

Hilang Jari Kaki Lepas Buat 'Fish Spa' Di Thailand, Doktor Ini Jelaskan Punca Kenapa

Takutnya!

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang pernah dengar rawatan fish spa bukan?

Ia adalah rawatan spa ikan yang biasanya dilakukan untuk kaki, di mana anda akan diminta untuk meletakkan kaki anda di akuarium yang penuh dengan ikan.

Tujuan penggunaan ikan dalam kaedah spa ikan ini adalah untuk menghapus sel-sel kulit mati. Ikan-ikan tersebut akan makan sel-sel kulit mati dan membuatkan kaki anda akan berasa lancar dan lembut.

Namun, lain pula yang terjadi dengan wanita ini apabila dia mengalami mimpi ngeri selepas saja melakukan fish spa di sebuah kedai di Thailand telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Doktor jelas mengapa boleh terjadi begitu

Menerusi video tersebut, seorang doktor mengulas video yang dikongsikan oleh wanita berkenaan di media sosial.

Difahamkan, wanita berkenaan telah bercuti ke Thailand dan dia begitu tertarik selepas melihat satu spa ikan di sana.

Namun begitu, percutiannya itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia kehilangan semua jari kakinya selepas pulang daripada percutian tersebut.

Menurut doktor tersebut, dia memberitahu wanita itu telah terkena satu ‘penyakit bawaan air’ yang dipanggi Shewanella. Untuk membuang bakteria itu, satu-satu caranya adalah kena buat pemotongan, maka ibu jari kaki terpaksa dipotong.

Tambahnya lagi, kemungkinan ikan-ikan yang mereka gunakan adalah ikan jenis Chin Chin, dimana spesis ikan ini gigit kaki sehingga menyebabkan luka, dan mengeluarkan darah. Jadi, ia boleh meningkatkan lagi risiko jangkitan kuman.

Image via Twitter

"I will not put my feet in that. Ever" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 153.6K views, 1,338 retweets dan 1,135 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Bahayanya, takut pula tengok :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: