seismik

[VIDEO] Kemurungan Semenjak Tuan Meninggal Dunia, Reaksi Oyen Buat Ramai Sebak

Takziah buat mereka.

Cover image via @siti.aliah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pencinta kucing, pasti haiwan peliharaan itu sudah menjadi seperti teman rapat buat mereka

Tambahan lagi, yang memang jenis duduk di dalam rumah. Tak bosan rasa sebab dapat bermain dengan haiwan ini. Malah, mereka akan semakin pandai dan bijak selepas lama tinggal bersama.

Pasti perasaan sedih itu ada bila kita berjauhan dengan si comel ini betul tak? Sama seperti video di TikTok ini apabila seekor kucing Oyen dilihat kemurungan selepas pemergian tuannya telah menyentuh hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@siti.aliah

Kucing kesayangan abah pun terkesan abah takde.. mcm mana nak buat ni?

suara asli - Pisces - Dindaalfaregina

Murung selepas pemergian tuannya

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Siti Aliah berkongsi keadaan kucing Oyen mereka yang dilihat murung sejak beberapa hari.

Difahamkan, kucing itu sering berbunyi mencari tuannya dan dilihat tidak aktif seperti dulu. Malah, keadaannya juga dilihat lemah dan sering bersendirian.

Menurut wanita berkenaan, Oyen sangat rapat dengan arwah bapanya berbanding dengan ahli keluarga yang lain. Dia kemudian memutuskan untuk membawa Oyen ke pusara arwah bapanya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@siti.aliah

Semalam lepas tengok Oyen kemurungan, terus bawa dia pergi kubur. Alhamdulillah dia dah getting better dan dah boleh main.. mungkin dah boleh terima hakikat.. nnt kita update Oyen ya terima kasih mendoakan

original sound - dalia

"Dapat rasa apa yang Oyen tu rasa sian Oyen" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sedih dan ada yang berkongsi pengalaman sama mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 73.3K views, 5,833 likes dan 270 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Admin pun ikut sedih tengok keadaan Oyen. Harap baik-baik saja :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: