"Macam Ni Hasilnya" - Lelaki Kecewa Potong Rambut RM30 Dapat Hasil Tidak Memuaskan
Tak berapa kemas.
Rambut merupakan mahkota utama bagi setiap individu, baik kaum perempuan dan juga lelaki
Tambahan pula, gaya rambut ini menunjukkan sedikit sebanyak peribadi seseorang. Sudah tentu semua orang mahu nampak rambut mereka kemas dan bergaya.
Sekarang pula, banyak gaya rambut yang menjadi pilihan. Malah, harga potongan rambut kini juga bukan semakin murah tetapi semakin mahal betul tak?
Baru-baru ini, tular seorang lelaki kecewa dengan rambutnya selepas digunting di sebuah kedai gunting rambut telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kecewa lihat hasil potongan tukang gunting
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya selepas saja balik dari sebuah kedai gunting rambut.
Difahamkan, dia kecewa dengan cara pemotongan kedai berkenaan yang tidak kemas dan tidak memuaskan.
Malah, baginya harga yang ditawarkan juga tidak sepadan dengan kualiti yang diberikan padanya.
"Bayar RM30 macam ini hasilnya, mamak dekat bawah flat aku berbelas ringgit saja. Tu pun smart"
"Belajar lebih sikit dik, orang bayar RM30 tau bukan RM3,"katanya.
"Sebab tu saya suka kedai mamak, dah lah murah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan dan reaksi mereka masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 60.9K views, 1,969 likes dan 159 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!