Dicaj Dengan RM8.50, Wanita Ini Terkejut Lihat Harga 5 Butir Cendawan Di Kedai Makan
Mahalnya.
Restoran berkonsepkan steamboat atau hotpot kini menjadi pilihan ramai orang
Ia kerana cara hidangan mereka menyediakan sememangnya lain daripada makan di restoran biasa. Malah, anda juga dapat pengalaman untuk 'memasaknya' sendiri.
Namun, harga makanan di restoran sebegini bukanlah murah kerana bahan yang digunakan agak mahal. Tetapi, kita sebagai pelanggan janganlah pula 'tertipu' dengan konsep sebegini.
Baru-baru ini, tular seorang wanita berkongsi harga lima butir cendawan yang dipesannya di kedai makan telah mendapat perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Rasa diri ditipu lihat cara penyediaan makanan
Menerusi posting tersebut, wanita berkenaan berkongsi di platform Xiaohongshu apabila dia diminta membayar RM8.50 untuk lima cendawan.
Lebih mengejutkannya adalah lima butir cendawan itu sebenarnya sudah siap dipotong dua untuk menampakkannya lebih banyak.
"Mereka sebenarnya menjual cendawan butang 8.50, lima kapsul makanan dalam tin"
"Perhatikan bahawa ia adalah lima keping! Dibahagi dua menjadi 10 keping dan dipotong tidak rata, setiap kali saya melihat foto itu, saya rasa begitu kelakar," tulisnya.
Difahamkan, restoran tersebut telah disyorkan oleh sepupunya disebabkan servis dan persekitaran yang memuaskan dan juga sup yang sedap.
"I think I will laugh loudly on the spot" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1K likes, 100 stars dan 100 comments di Xiaohongshu.
Berikut di bawah adalah antara komen di platform tersebut:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!