Viral Video Kedai Makan Kongsi Kenapa Tak Letak Tisu Atas Meja Ini Undang Reaksi Ramai
Hmm?
Kedai makan yang bersih pastinya menjadi pilihan ramai
Iyalah, baru rasa terjamin nak makan dekat situ betul tak? Tambahan lagi, kalau kita nampak cara masakan dan dapur mereka.
Persekitaran yang kotor akan mengurangkan selera makan kita. Kadangkala, sebab itulah kita pula yang rasa nak bersihkan meja atau kerusi tersebut sendiri. Tidak kiralah dengan tisu atau apa pun.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan sebuah kedai makan berkongsi mengapa mereka tidak meletakkan tisu di atas meja makan pelanggan telah meraih perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Beritahu kenapa tak letak tisu dekat meja
Menerusi video tersebut, kelihatan admin berkenaan berkongsi mengapa mereka tidak meletakkan tisu di atas meja makan pelanggan.
Puncanya kerana menurut mereka pelanggan suka menghabiskan tisu dengan membersihkan meja dan kerusi.
"Kenapa customer lap-lap meja sudu kerusi? Sebab tak clean lah tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan respon mereka dan pandangan masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 877.1K views, 25K likes dan 2,787 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!