seismik

Pegawai Muzium Usik Kena Sebatan Jika Suka Main Telefon, Reaksi Budak Ini Cuit Hati

Terkejut terus member.

Cover image via @fisza83 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dengan kecanggihan teknologi pada zaman sekarang, semua benda boleh dilakukan dihujung jari saja

Hal ini termasuklah membaca berita, melihat benda viral dan sebagainya dengan begitu mudah sekali. 

Tambahan lagi, budak-budak zaman sekarang pula lebih gemar bermain gajet ini daripada permainan lain. Sememangnya ini amat merisaukan untuk ibu bapa. Mereka perlu memantau juga anak-anak.

Namun, lain pula dengan video ini apabila ibu bapa membawa anak mereka ke sebuah muzium penjara telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Takut tengok kena 'sebat' jika selalu main telefon

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu keluarga berkenaan sedang melawat di sebuah muzium penjara.

Dapat dilihat juga pegawai bertugas sedang menunjukkan bagaimana cara sebatan bagi pesalah di penjara tersebut.

Dalam pada demonstrasi tersebut, si ibu dan bapa turut mengusik anak mereka yang suka bermain telefon dengan bertanyakan kepada pegawai tersebut adakah kanak-kanak yang suka bermain telefon akan mendapat sebatan yang sama.

Dek kerana faham dengan situasi tersebut, pegawai berkenaan mengiyakan saja dan memesan agar jangan selalu bermain telefon.

Situasi itu membuatkan si anak menangis kerana takut akan mendapat nasib sebatan yang sama.

"Kesian tapi cara baik untuk disiplin anak hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 951K views, 54.1K likes dan 1,551 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Insaf terus adik tu nak pegang telefon lepas ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: