seismik

Kes Guru Ponteng Kelas, 3 Pelajar Menang Saman & Terima Pampasan RM50,000

Guru Bahasa Inggeris itu didakwa tidak hadir ke kelas selama tujuh bulan pada 2015.

Cover image via Utusan & Agenda Daily

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga bekas pelajar masing-masing menerima pampasan RM50,000 selepas berjaya dalam saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka yang 'ponteng' kelas selama tujuh bulan pada 2015

Menerusi sumber, Mahkamah telah memutuskan lima defendan melanggar kewajipan berkanun mereka mengikut Akta Pendidikan 1966 kerana gagal menyediakan ketiga-tiga pelajar itu untuk menghadapi peperiksaan.

Daripada jumlah itu, RM30,000 diberikan sebagai ganti rugi nominal atas kehilangan peluang yang dialami tiga pelajar berkenaan.

Manakala, baki RM20,000 pula dianugerahkan sebagai ganti rugi akibat trauma emosi dan/atau psikologi akibat kesan dan penghinaan akibat ketidakhadiran guru.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harakah Daily

Lega perjuangan enam tahun berpihak pada mereka

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, Sabah itu akhirnya menarik nafas lega apabila memenangi kes saman terhadap guru yang didakwa ponteng mengajar.

Kejadian itu berlaku semasa mereka berada di tingkatan empat. Susulan itu, bekas pelajar SMK Taun Gusi itu memfailkan saman pada 30 Oktober 2018. Mereka juga melahirkan rasa lega kerana perjuangan selama hampir enam tahun akhirnya berpihak kepada mereka.

Ketiga-tiga bekas pelajar itu berpendapat, sebarang aduan pelajar perlu diambil serius tanpa ada sebarang tindakan susulan yang akan menyebabkan pembelajaran terkesan kerana ketiadaan guru mengajar.

(Dua dari kiri) Calvina Angayung, Nur Natasha Allisya Hamali, Rusiah Sabdarin dan peguam Sherzali Herza Asli di Makamah Tinggi Kota Kinabalu.

Image via Utusan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: