seismik

Filem Vik2ria Secret Cuma Raih Kutipan RM5,000, Netizen Persoal Finas Beri Modal RM550,000

Netizen mempersoalkan mutu dan hasil naskhah yang dianggap kurang memuaskan.

Cover image via Utusan & MBO Cinemas

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) enggan mengulas lanjut mengenai isu kutipan filem Vik2ria Secret yang menerima Dana Kandungan Digital berjumlah RM550,000

Difahamkan, mengikut perancangan awal, judul filem ini adalah Bra Merah, namun selepas disaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), ia ditukar kepada Vik2ria Secret. Ia kerana judul asal tidak digunakan kerana dianggap kurang sesuai untuk filem tempatan.

Filem ini membariskan pelakon seperti Annie Arifin, Ropie, Man Raja Lawak, Keena Mentor, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak, Farez Adnan, Fiza Halim dan Lan Siro.

Image via Utusan

Tidak mendapat sambutan yang menggalakan

Filem Vik2ria Secret menceritakan tentang kisah Viki, seorang anak yatim piatu lakonan Annie yang berdepan perjalanan penuh dugaan untuk sampai ke Kampung Honi.

Viki bertemu Ria lakonan Keena dan mereka menjadi kawan karib hingga membuka butik pakaian dalam wanita diberi nama Vik2ria Secret. Pembukaan butik itu mengundang gelagat lucu dan disambut baik penduduk Kampung Honi.

Namun, filem arahan AR Badul yang berjudul Vik2ria Secret telah menelan belanja keseluruhan RM1.05 juta itu sekadar meraih RM5,058.90 dengan jumlah tontonan di pawagam sekitar 346 orang.

Image via MBO Cinemas

Terdahulu, filem Vik2Ria Secret mencuri tumpuan apabila warganet mempersoalkan mutu dan hasil naskhah yang dianggap kurang memuaskan walaupun menerima bantuan dana daripada kerajaan.

Bukan itu sahaja, Finas juga tidak terlepas menerima kritikan apabila dianggap sambil lewa dalam menyaring penerima dana.

Vik2ria Secret atau tajuk asalnya Bra Merah yang memaparkan cerita dan rahsia ‘dalam kain’ wanita ditayangkan di pawagam bermula 15 Jun lalu.

Lihat trailer filem itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: