seismik

Diganggu ‘Awang Hitam’ Di Jalan Raya, Wanita Ini Kongsi Video Detik Cemas

Harap pihak berkuasa ambil tindakan.

Cover image via Kementerian Netizen Malaysia (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sindiket peminta sedekah kini kian berleluasa di sekitar ibu kota

Malah, mereka ini juga dilihat semakin 'mengganas' sehingga ada yang memaksa orang awam untuk menghulurkan wang.

Terbaru, tular sebuah video apabila seorang lelaki warga asing dilihat bertindak memanjat kereta seorang wanita di tengah jalan raya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Bertindak panjat kereta pemandu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia tiba-tiba didatangi lelaki warga asing yang memanjat keretanya ketika memandu.

Difahamkan, kejadian berlaku di bulatan Kampung Pandan, menghala ke Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pada awalnya, individu terbabit terlebih dahulu menahan kereta si pemandu sebelum bertindak memanjat dan berguling atas kenderaannya.

Pemandu wanita berkenaan kemudiannya mengundurkan keretanya sambil menjerit dan menangis akibat ketakutan. Namun, dia bernasib baik kerana dibantu oleh seorang lelaki India yang berada di tempat kejadian.

"Thank brother Indian guy tu memang hebat. Terbaik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan memuji tindakan lelaki India tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 7.3K likes, 4.3K comments dan 511K views di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Nasib baik ada abang tu tolong, makin menjadi-jadi ya sekarang :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: