seismik

"Tak Adalah Popular Mana" - Netizen Kongsi Beza Followers Kumpulan The 1975 & Ms Puiyi

Ms Puiyi menang.

Cover image via Twitter & Universal Music

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh baru-baru ini, apabila vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy yang menunjukkan perlakuan kurang sopan dalam konsert di Good Vibes Festival 2023

Aksi biadap itu ternyata telah menimbulkan kemarahan ramai dan kesal atas tindakan penyanyi tersebut yang secara terbuka melakukan aksi bercium sesama jenis, meneguk minuman keras dan mempertikaikan undang-undang Malaysia berkenaan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBTQ).

Pun begitu, selepas tularnya insiden itu ramai yang berkongsi kumpulan berkenaan tidaklah popular mana kerana ramai sebenarnya tidak mengenali mereka.

Lihat posting itu di bawah:

Dakwa pengikut tak seramai selebriti Malaysia

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi tangkap layar di antara pengikut The 1975 dan Ms Puiyi.

Dia mendakwa pengikut Ms Puiyi lebih ramai daripada kumpulan The 1975.

"Ms Puiyi ni world ranking Instagram dia no 411 di dunia and Malaysian paling tinggi followers. Kita gabungkan followers Siti Nurhaliza and Neelofa pun tetap Ms Puiyi lagi banyak," tulisnya.

Image via Twitter

"Kalau ikut latest dia no 374. Belakang dia Jenna Chew dari Sarawak. Pastu baru Dato CT" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1,157 retweets, 86 quotes tweets dan 2,722 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Jujurnya, admin pun baru tahu kumpulan ni :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: