"Naik Biji Gatal" - Gara-Gara Makan Buah Viral Donut Peach, Wanita Ini Hampir Hilang Nyawa
Nasib baik tiada apa.
Semenjak kebelakangan ini, viral dengan buah donut peach yang sedang hangat di laman sosial
Seperti yang sudah dijangka, ramai tidak melepaskan peluang untuk mencuba buah ini untuk merasai sendiri keenakan buah tersebut.
Malah, keistimewaan yang terdapat pada buah donut peach yang kaya dengan khasiat Vitamin C, Vitamin A, Potasium dan Fiber.
Namun, lain yang terjadi dengan seorang wanita apabila dia hampir hilang nyawa gara-gara memakan buah berkenaan.
Lihat video itu di bawah:
Terus rasa tak sedap badan lepas makan donut peach
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi pengalamannya selepas saja mencuba makan buah viral donut peach.
Tetapi, selepas 15 minit menikmati sebiji donut peach berkenaan dia merasa dirinya tidak berdaya perutnya mula berasa kurang selesa sebu dan muntah selain timbulnya biji-biji gatal di bahagian lengan.
Selepas 15 minit menikmati sebiji donut peach dan terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan
"Tak semua orang boleh makan, orang itu adalah aku, sekali makan dalam 15 minit, sebu muntah-muntah, naik biji-biji gatal-gatal terus kena pergi emergency"
"Kena inject baru jadi manusia balik, kalau tak inject macam beruk weh dok garu-garu ini pengalaman aku makan buah viral, berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku je lah makan, sekian luahan dari aku," tulisnya.
"Tak semua benda sesuai dengan badan kita" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pelbagai pengalaman mereka dan memberikan reaksi masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 694K views, 8,344 likes dan 691 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara kkomen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!