Kena Halau Pakai Baju Koyak, Lelaki Dedah Pihak Bank Terus Panggil Tuan Lepas Pakai Blazer
Berbeza terus.
Kita tidak boleh menilai seseorang itu hanya daripada segi luaran saja
Hal ini kerana takut memakan diri kita pula nanti. Iyalah, sebab kita tidak tahu dalaman mereka, siapa mereka ini, bekerja apa dan sebagainya.
Adalah lebih elok jika kita melayan semua orang sama rata. Terutama yang bekerja di bahagian kaunter depan.
Tular baru-baru ini apabila seorang individu berkongsi cara layanan berbeza yang diterima dari sebuah bank hanya sebab pakaian telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Terus dapat layanan elok lepas pakai blazer
Menerusi posting tersebut, lelaki berkenaan berkongsi cerita apabila dia datang ke sebuah bank untuk membuka akaun. Malah, pegawai bank itu siap mendakwa takut dia 'keldai akaun' lagi.
Difahamkan, pada masa itu dia baru saja pulang dari pasar dan memakai baju biasa yang mempunyai sedikit kesan koyak. Dia mendakwa mungkin disebabkan penampilannya itu pegawai bank berkenaan melayannya begitu.
Oleh kerana pegawai bank tersebut tetap memberitahu dia tidak boleh membuka akaun. Dia kemudian balik ke rumah, mandi dan bersiap dengan kemas sambil memakai blazer.
Apabila sampai semula di situ, dia terkejut kerana mendapat layanan berbeza dan gelaran daripada 'encik' bertukar kepada 'tuan'.
"Saya percaya cerita ini. Memang nak buka acc sekarang susah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1.4K likes, 572 comments dan 35 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!