"Macam Tu Pun Strike" - Ibu Bagi Tahu Campak Ikut Suka, Gaya Budak Ini Pula Curi Perhatian
Okay tak tu dik?
Masa bersama anak-anak sangat penting dalam sesebuah keluarga
Tambahan lagi, bagi ibu bapa yang sibuk bekerja. Sehingga ada yang tiada masa bersama keluarga.
Adalah lebih elok jika meluangkan waktu cuti bersama mereka. Tidak kisahlah berjalan-jalan, piknik ataupun sebagainya, janji ada waktu bersama betul tak?
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang budak perempuan ketika bermain boling bersama keluarganya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Gaya macam 'kena paksa' tapi tetap strike
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang berada di sebuah tempat bermain boling bersama anaknya.
Difahamkan, wanita berkenaan ada berpesan pada anak perempuannya itu untuk baling saja bola boling tersebut ikut suka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah gaya anaknya dilihat seperti sedang 'terpaksa' dengan gaya dan mimik mukanya. Malah, balingannya itu juga dilihat jatuh semua dan strike.
"Aku punya la banyak gaya nak strike dia campak gitu je" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 959.4K views, 42.9K likes dan 757 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!