seismik

[VIDEO] Wanita Tunjuk ‘Jari Tengah & Campak Arak Gara-Gara Disuruh Senyap Dalam Pawagam

Memang patut kena halau.

Cover image via @eclent (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita bertindak luar kawalan apabila didakwa melemparkan minuman beralkohol kepada seorang penonton lain setelah diminta senyap di dalam panggung wayang

Kejadian yang berlaku di Subang Jaya itu dirakam oleh seorang penonton yang berada di tempat kejadian.

Difahamkan, pasangan tersebut berbual sepanjang tayangan filem Barbie sambil didakwa minum minuman beralkohol sebelum beredar dari tempat kejadian.

Lihat video perkongsian di bawah:

@eclent This two sitted (A1-A2) were drinking and chit chatting throughout the movie (Barbie) at TGV cinemas at Sunway Pyramid (10.15pm, Beanie). Not only they were rude, the girl decided to throw her drink (with alcohol) at other movie goers (who ask her to keep quiet). Damn girl be so drunk thought she's at home. Hope @TGV Cinemas look into it. #fyp #viraltiktok #malaysia #malaysiatiktok #tgvcinemas #sunwaypyramid #foryoupage original sound - Richie

Mengamuk lepas kena tegur, baling minuman keras

Difahamkan, individu yang dilemparkan minuman beralkohol itu memberitahu bukan sahaja mereka kurang ajar, wanita itu juga bertindak untuk membuang minuman beralkoholnya kepada penonton wayang lain yang meminta dia diam.

Lebih memburukkan keadaan apabila wanita itu turut menyebut dan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton lain sebelum bergerak keluar dari panggung wayang.

Malah, individu berkenaan telah membuat laporan kepada pihak pengurusan panggung wayang untuk tindakan selanjutnya.

"Pantang aku tengok movie sambil orang explain tengok je lah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan wanita berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 56.9K likes dan 1,330 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang patut lah kena tegur sebab bising, orang lain pun nak tengok.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: