Sedih Ketika Ulas Kemalangan Maut Budak 4 Tahun, Reaksi Pembaca Berita Buat Ramai Sebak
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Seorang pembaca berita di sebuah stesen penyiaran terkemuka gagal menahan sebak ketika bersiaran secara langsung
Pembaca berita yang bernama Norintan Ezreena Amir Hamzah, tidak dapat mengawal emosi ketika menyampaikan berita.
Difahamkan, ia adalah tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Lihat video itu di bawah:
Tak dapat tahan sebak ketika membaca berita
Menerusi video tersebut, dia tersentuh berikutan nalurinya sebagai seorang ibu yang juga memiliki anak seusia dengan mangsa.
Mangsa ketika itu dilaporkan sedang melintas di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, sebelum dilanggar kenderaan terbabit.
Difahamkan, dia merasa sebak berikutan nalurinya sebagai seorang ibu yang juga memiliki anak seusia dengan mangsa.
Lihat video itu di bawah:
"Dengan aku sekali ikut sebak dengar suara dia" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut ikut sebak melihat keadaan pembaca berita berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 853K views, 2,956 retweets dan 5,412 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!