seismik

Usia Perkahwinan Tak Panjang, Nenek 83 Tahun Bercerai Sebab Penat Jaga Suami Muda Pemalas

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2020.

Cover image via Daily Mail UK

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang nenek berusia 83 tahun yang tular kerana mengahwini jejaka umur 37 tahun akhirnya mengumumkan perpisahan mereka selepas mengaku berasa penat menjaga suaminya

Wanita yang dikenali sebagai Iris Jones menjadi perhatian di seluruh dunia apabila dia mendedahkan kisah cintanya bersama lelaki muda dari Mesir bernama Mohamed Ibriham.

Menurut sumber, pasangan berkenaan telah berkahwin pada 2020 dan sejak itu, Ibriham berpindah ke banglo milik Jones di Weston-super-Mare, England dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya Tesco.

Image via Ladbible

“Saya berasa penat kerana perlu menjaganya. Saya perlu melakukan semua pekerjaan di rumah, daripada memasak, mengemas dan membersihkan rumah"

“Lebih baik saya berpisah dengannya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan mengenai Ibriham sebelum ini"

“Saya menyesal mengenali dia dan sedar bahawa suami terbaik ialah suami (bekas suami) pertama saya, Gwyn,” katanya.

Tambahnya, dia mengaku telah jatuh cinta pada Ibriham disebabkan paras rupa lelaki itu.

Lihat antara momen ketika mereka bersama itu di bawah:

Susah juga kalau dapat yang pemalas ni, memang penat jadinya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: