seismik

"Kita Dahlah Seorang Perempuan" - Wanita Kecewa Rakan-Rakan Ride Semua Pecut Dulu Tinggal

Laju pula kawan-kawan dia bawa.

Cover image via @mekyaa_yaa0 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi penunggang motosikal, aktiviti ride bersama rakan-rakan pastinya menjadi pilihan pada waktu lapang

Kebiasaannya kita akan melihat kaum lelaki yang banyak melakukan aktiviti ini. Tetapi, zaman sekarang wanita juga suka akan aktiviti berkenaan.

Namun, pastilah ada beza cara lelaki bawa dan wanita bawa motor. Mungkin lelaki ini bawa sedikit lebih laju daripada kaum wanita betul tak?

Seperti yang berlaku baru-baru ini apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas ditinggalkan oleh rakan rider yang lain telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Sedih rakan-rakan rider lain semua tinggalkan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas saja ditingalkan oleh rakan-rakan.

Difahamkan, hanya dia seorang wanita dan semasa itu sedang melakukan aktiviti ride bersama dengan rakan-rakan lelaki yang lain.

Namun, oleh kerana dia lambat bawa, rakan-rakannya yang lain itu telah memecut dan meninggalkannya. Perkara berkenaan membuatkan dia terasa hati dan kecewa dengan sikap mereka.

"Kawan sekarang ni kena select kakak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 84.3K likes dan 10.4K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sian dia kena tinggal seorang, tak apalah cari rakan ride lain lepas ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: