"#BerakBersamaMarissaWong" - Gadis Pilih Buat Review Tandas Di Malaysia Raih Tumpuan Ramai
Konten lain daripada yang lain.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, platform TikTok kini menjadi pilihan ramai untuk berkongsi konten mereka
Pelbagai jenis konten kita boleh lihat, malah ramai yang mencari rezeki dengan menjual di platform tersebut.
Namun, dikala ramai pempengaruh menghasilkan kandungan yang lebih terarah kepada makanan, gaya hidup mahupun lokasi menarik percutian, seorang TikToker bernama Marissa Wong pula pula mencuri perhatian.
Image via Bernama
Pilih buat konten untuk review tandas
Menerusi perkongsian video di TikTok @marissawong96, dia memilih ‘tandas’ di negara ini untuk dijadikan bahan ulasan.
Menurut laporan daripada Bernama, ianya bermula selepas pengalaman buruk menggunakan tandas awam.
Ia menjadi ‘titik permulaan’ kepada pelawak komediri (stand-up comedian) dan pempengaruh ini untuk mengangkat isu kebersihan tandas awam di platform media sosial dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh ini.
Meskipun topik pilihannya disifatkan sebagai kotor mahupun jijik, wanita berusia 28 tahun ini akhirnya dilihat berjaya menarik perhatian umum menerusi gayanya yang santai dan menghiburkan dengan #berakbersamamarissawong, sejak dua tahun lepas.
"Idea ini timbul selepas saya perhatikan, hampir semua pempengaruh membuat ulasan mengenai makanan, jadi sebagai kelainan, saya fikir, apa salahnya jika saya buat ulasan mengenai kebersihan tandas. Topik ini memang tidak glamor tetapi sangat penting dalam kehidupan seharian," katanya.
Image via Bernama
Hasil daripada pemerhatiannya, Marissa mendapati, kebanyakan tandas awam di negara ini masih lagi jauh menepati standard kebersihan asas apabila tiada bekalan sabun, tisu, lantai basah dan kotor, tiada pengudaraan, fasiliti rosak selain sukar diakses golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
"Saya berpandangan, soal kebersihan tempat awam termasuk tandas, seharusnya diberikan perhatian serius kerana ini akan mencerminkan budaya, sikap dan tanggungjawab sosial masyarakat sesebuah negara.
"Saya dapati, ada tandas yang bersih tetapi rosak akibat vandalisme. Untuk individu sebegini, saya syorkan mereka didenda dengan mengenakan hukuman mencuci tandas awam dalam tempoh tertentu. Mungkin kerajaan boleh jadikan hukuman ini sebagai satu undang-undang baharu?" katanya.
Marissa juga turut menyatakan rasa gembiranya selepas banyak videonya bukan sahaja menerima respons positif masyarakat, tetapi juga pihak pengurusan yang semakin terbuka serta komited untuk menambah baik serta menyediakan persekitaran tandas awam yang lebih bersih dan selesa untuk orang ramai.
Lihat antara beberapa video review daripada Marissa di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment