seismik

Pemandu Grab Terkejut Ada Pak Cik Mesej Luah Hasrat Nak Jadikannya Sebagai Menantu

Rare betul kes macam ini.

Cover image via Reddit & Grab (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti memasang niat untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri

Namun, jodoh bukanlah ditangan manusia yang mahu menentukan. Tambahan lagi, pada zaman sekarang agak sukar mencari yang sekufu dengan kita. Pun begitu, jodoh ini boleh datang tanpa kita duga.

Baru-baru ini tular sebuah perbualan mesej selepas seorang pemuda berkongsi hasrat seorang penumpang yang mahu menjadikannya sebagai menantu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Terus 'lamar' untuk jadikan menantu lepas naik Grab

Menerusi perkongsian di platfrom Reddit, tular sebuah tangkap layar memaparkan mesej selepas seorang pemandu Grab menghantar turun seorang penumpangnya.

Difahamkan, penumpang tersebut merupakan seorang pak cik. Apa yang lebih membuatkan pemandu itu terkejut adalah selepas pak cik berkenaan meluahkan hasratnya untuk menjadikan pemandu berkenaan sebagai menantunya.

"Salam sejahtera anakku, ingat tak pak cik yang awak hantar ke Hospital IIUM pagi tadi? Pak cik ada seorang anak perempuan belum kahwin lagi, umur 28 tahun, dia jadi doktor kat Hospital IUM ni. Anak jadi menantu pakcik nak tak?," tulisnya.

Perkongsian itu mendapat reaksi ramai sehingga ada menganggap mungkin ada perkara yang bagus dilihat pak cik itu terhadap pemandu berkenaan sehingga mahu menjadikannya menantu walaupun baru satu hari berjumpa.

Image via Reddit

Mudah je dia dapat jodoh, mungkin pak cik tu suka dengan sikap dia kot :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: