Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Berapa Kali Sebenarnya Boleh Guna Pisau Cukur Sama? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Tips untuk anda yang gemar mencukur.

Cover image via Redaksi Tribun News

Sesetengah orang sering mencukur bulu di bahagian tertentu pada badan kerana merasa kurang selesa

Namun, mencukur merupakan antara perkara yang wajib dilakukan sebagai rutin penjagaan diri bagi mereka yang menjaga penampilan.

Ramai yang memilih kaedah mencukur kerana ia sangat mudah dan cepat. Jangka masa pertumbuhan bulu pula berbeza terhadap setiap orang.

Selain itu, pisau cukur sering menjadi pilihan kerana faktor harganya yang murah dan senang untuk didapati.

Gambar sekadar hiasan.

Image via IDN Times

Berapa kerap boleh guna pisau cukur sama sebelum beli yang baru?

Kebiasaannya, pisau cukur akan berfungsi pada tahap yang optimum jika ianya masih baru dan tajam.

Hal ini kerana jika anda menggunakan pisau cukur yang lama dan tumpul, ia akan menimbulkan ruam, radang dan boleh mencederakan kulit muka anda.

Disebabkan itu, anda perlu memastikan pisau cukur anda cukup tajam sebelum menggunakannya pada kulit supaya tidak berlaku perkara yang tidak dingini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Detik

Tetapi, sekiranya pisau cukur tersebut mula tumpul selepas beberapa kali penggunaan, sudah tiba masanya untuk anda menukar kepada yang baru.

Berikut di bawah adalah tips untuk anda elak dapat kesan sampingan hasil daripada bercukur:

1. Jangan bercukur selepas bangun daripada tidur

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kompas

Antara salah satu tips yang baik untuk diamalkan adalah elak untuk mencukur selepas bangun daripada tidur.

Mengapa? Ianya kerana keadaan kulit selepas bangun tidur adalah bukan keadaan yang sesuai untuk mencukur.

Muka ketika bangun tidur lebih cenderung untuk sedikit membengkak akibat "fluid retention".

Apa itu "fluid retention"? Ianya boleh terjadi akibat beberapa faktor seperti dibawah:

  • Makan makanan yang masin
  • Salah posisi tidur
  • Stres dan kegelisahan
  • Situasi perubatan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kompas

Oleh kerana itu, anda disarankan agar mencukur beberapa minit setelah bangun daripada tidur.

Malah, mencuci muka sebelum mencukur akan membantu mempersiapkan kulit berada dalam keadaan yang baik untuk proses mencukur.

Hal ini dapat membantu untuk membuang minyak dan sel kulit mati pada permukaan muka anda. Barulah smooth saja nanti hendak mencukur.

2. Guna air suam sebelum proses mencukur

Langkah ini bertujuan untuk membuka pori pada permukaan kulit supaya lebih senang untuk anda mencukur.

Justeru, jika anda mahu menyelitkan penggunaan shaving cream ataupun sabun cukur, anda haruslah membasahkan kulit terlebih dulu sebelum meletakkan produk tersebut.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan produk berasaskan sabun dan berkualiti tinggi bagi mengelakkan kulit kering semasa proses mencukur.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Maskulin

3. Mencukur mengikut arah bulu, bukan bertentangan

Jika anda mencukur bulu mengikut arah yang bertentangan, pisau cukur anda akan berisiko untuk menangkap bulu anda dan menariknya jauh daripada permukaan kulit.

Ini dapat mengurangkan risiko daripada terluka atau cedera akibat mencukur, dan teknik ini mampu mengurangkan pertumbuhan bulu yang terperangkap.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Breeze

Tambahan pula, kaedah ini secara tidak langsung mampu membuat pengelupasan permukaan kulit anda dengan mengurangkan jumlah sel kulit mati.

Proses mencukur anda akan menjadi ebih lancar kerana tiada rintangan di atas permukaan kulit.

Jadi, sebelum mencukur pastikan pisau cukur anda berfungsi dengan baik okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik wajib baca hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment