Berjodoh Dengan Murid 11 Tahun Lagi Muda, Cikgu Ini Raih Perhatian Netizen Di TikTok
Jodoh itu rahsia Allah SWT.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Benarlah kata orang, jodoh itu rahsia Allah SWT yang kita sendiri tidak boleh nafikan
Setiap orang mempunyai takdir hidup masing-masing. Ada yang berkenalan hanya sekejap tetapi jodoh mereka berkekalan sehingga akhir hayat.
Ada juga yang bercinta bertahun-tahun, tetapi akhirnya terpisah selepas berkahwin. Itu semua terjadi atas kehendak-Nya.
Namun, berbeza pula dengan kisah cinta seorang cikgu ini apabila dia bertemu jodoh dengan bekas muridnya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beza umur 11 tahun, tak sangka akhirnya berjodoh dengan murid sendiri
Menerusi video yang dimuat naik oleh @anieshashim, kelihatan dia berkongsi beberapa keping gambarnya bersama seorang pelajar lelaki pada awal video.
Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah apabila dia meletakkan gambar kahwin mereka pada akhir video. Rupa-rupanya, dia telah mendirikan rumah tangga keduanya bersama pelajar lelaki itu yang muda 11 tahun daripadanya.
"Jodoh Allah itu sememangnya tak pernah dapat kita duga. Allah aturkan adalah yang terbaik buat hambaNya. May Allah ease me on my 2nd marriage," katanya di kapsyen.
Image via @anieshashim (TikTok)
Image via @anieshashim (TikTok)
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 476.4K views, 26.9K likes dan 534 shares di TikTok
Rata-rata netizen turut menumpang bahagia buat cikgu itu dan suami barunya. Malah, ramai pula yang berseloroh ingin mencari semula cikgu sekolah mereka dengan harapan dapat bertemu jodoh.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @anieshashim (TikTok)
Image via @anieshashim (TikTok)
Image via @anieshashim (TikTok)
Image via @anieshashim (TikTok)
Image via @anieshashim (TikTok)
Image via @anieshashim (TikTok)
Image via @anieshashim (TikTok)
Image via @anieshashim (TikTok)
Sweet je kisah cinta diaorang. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke jannah. Tahniah cikgu! <3
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment