Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Berjuang Untuk 2 Negara, Indonesia & Malaysia, Kenali Sosok Wanita Bernama Khatijah Sidek

Sungguh menginspirasikan.

Cover image via @liy (X) Sudirman Rosli

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapakah Khatijah Sidek? Anak perempuan yang dinanti-nantikan keluarga

Khatijah Sidek dilahirkan di Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia. Ibu bapanya merupakan pasangan yang aktif dalam mengekalkan tradisi minangkabau.

Antaranya adalah adat yang bersifat matrilineal, di mana perempuan yang bakal mewarisi harta.

Namun, penantian itu memakan masa yang lama selepas 9 adik-beradiknya yang terawal merupakan lelaki.

Beliau ditatang bagai minyak yang penuh oleh kedua ibu bapanya. Ibu kepada tokoh kemerdekaan ini berhasrat untuk menjadikan beliau sebagai guru agama, manakala si bapa mahukan anak perempuannya itu melanjutkan pengajian di Eropah.

Image via Sudirman Rosli

Adat perpatih Minangkabau cetus semangat Khatijah menentang patriaki

Khatijah mendapat pendidikan di sekolah Belanda. Beliau sangat memperjuangkan kemerdekaan Indonesia daripada Belanda melalui Puteri Kasatria.

Pada tahun 1945, Khatijah dijemput ke Singapura bagi melihat keadaan politik kaum wanita di sana. Menurut beliau, Singapura, Tanah Melayu dan Indonesia adalah rumpun budaya yang sama. Kedudukan politik wanita ketika itu sangat lemah dan tertindas. Termasuk pertubuhan-pertubuhan yang terlibat.

Khatijah berkata, kaum wanita ditindas daripada segi pendidikan, ekonomi dan politik oleh kaum lelaki yang merasa diri mereka berkuasa.

Nak dipendekkan cerita, beliau telah dipilih sebagai ahli jawatan kuasa kaum ibu UMNO Johor. Aura feminis bermula ketika kongres UMNO di Melaka pada tahun 1953.

Beliau melampirkan usul agar kongres memberikan hak sama rata kepada wanita dengan menghantar lebih ramai kaum wanita di dalam perwakilan.

"Semua perwakilan lelaki menentang usul ini yang semacam revolusi kecil dalam kongres, mereka semua terkejut dan marah. Selepas itu, kaum lelaki dan pemuda bersama-sama menentang kami, kaum ibu" - Khatijah Sidek.

Lantang persoal hak wanita

Khatijah berpendapat wanita kurang dihargai dan dipandang rendah. Lalu mempersoalkan mengapa tiada wanita di dalam ahli majlis tertinggi UMNO.

"Kenapa tak ada seorang pun kaum ibu terpilih dalam majlis tertinggi UMNO?.

"Adakah ini bererti kaum bapa dan pemuda menilai kaum ibu rendah dan tugasnya hanyalah berbakti kepada kaum lelaki semata-mata?.

"Tengok, kaum ibu menjual sapu tangan yang kami sulam sendiri dan berjaya mengutip $500 yang kamu sumbangkan kepada parti. Kaum lelaki tidak pun membuat apa-apa seperti itu.

"Kalau beginilah cara dan sikap kaum bapa dan pemuda, tidak ada gunanya kami kaum ibu menghadiri perhimpunan ini" - Khatijah Sidek.

Image via Sos Cili

Tunku Abdul Rahman mahu Khatijah jadi pemimpin, tetapi lelaki UMNO berasa tercabar dan cuba menentang

Tunku Abdul Rahman ingin melantik Khatijah sebagai Pegawai Penerangan Kaum Ibu UMNO. Namun, ia ditentang Ketua Penerangan UMNO, Syed Jaafar Albar.

Khatijah tegas dengan alasan wanita akan lebih mudah terpengaruh jika golongan wanita sendiri yang mengemudi.

Kemudiannya, 30 cawangan dan 1,000 ahli kaum ibu UMNO berjaya diperoleh dalam masa 10 bulan sahaja.

Ini merupakan hasil jelajah beliau serata Malaya dengan berbasikal, berkereta, menaiki bot dan kereta api untuk bertemu dengan komuniti wanita.

Khatijah menyebabkan lelaki UMNO berasa tercabar bahkan cuba menentang. Mereka tidak suka idea feminism Khatijah.

Khatijah 'ditolak' dengan persetujuan Majlis Tertinggi UMNO

Tentangan yang diterima ketika itu sangat kuat, Khatijah akhirnya merasakan sikap mereka membuktikan bahawa wanita tidak diiktiraf kaum lelaki UMNO.

Perkara ini diluahkan di dalam memoir beliau:

"Kebanyakan pemimpin kaum bapa dan pergerakan pemuda menentang memberi kerusi kepada kaum ibu. Alasan mereka ialah wanita terlalu lemah, kerja mereka di dapur dan masanya belum tiba bagi wanita duduk di parlimen kerana mereka perlu diberi kursus tentang bagaimana berucap.

"Seminggu kemudian, mereka memecat saya sebagai Ketua Kaum Ibu kerana mereka tidak suka kepada kebenaran. Mereka tidak boleh terima wanita yang berani menghadapi mereka dan kerana itu mereka mencari jalan untuk menyingkir saya" - Khatijah Sidek.

Image via Sudirman Rosli

Dipenjara kerana dituduh Anti-British

Ketika sedang mengandungkan anak pertamanya, beliau dipenjara. Khatijah telah diintip British dan dianggap sebagai individu yang ingin menjatuhkan British. Sebagai rekod, beliau dikahwini oleh seorang pemimpin Lembaga Kesatuan Melayu Johor (LKMJ), Dr. Hamzah Taib.

Selepas dibebaskan dari penjara, beliau mengikut suaminya tinggal di rumah ibu mentua tetapi sering diejek dan menjadi beban kepada keluarga mentua. Mereka membuat keputusan untuk tinggal di Johor Bahru dan beliau menjadi Ketua Kaum Ibu Persatuan Melayu Semenanjung (PERMAS) tetapi tidak begitu lama.

Oleh kerana kejadian itu, barulah Khatijah dijemput oleh Tunku Abdul Rahman untuk menyertai Kaum Ibu UMNO.

"Kita harus mengangkat tabik pada mereka yang masuk penjara kerana mereka berjuang untuk rakyat dan kemerdekaan. Kita patut berikan bintang kerana keberanian mereka." - Tunku Abdul Rahman.

Image via @liy (X)

Dari UMNO kepada PAS dan kembali ke pangkuan UMNO

Selepas ditentang hegemoni lelaki di dalam parti UMNO dan dibuang, Khatijah beralih arah kepada PAS. Beliau ingin menunaikan hasrat ibunya dengan menjadi pemimpin agama.

Pernah memenangi pilihan raya tahun 1959 dan menambah ahli Dewan Muslimat dari 700 ahli kepada 3,000 ahli.

Sering menyuarakan pendapat mengenai dasar kerajaan dan mengambil berat mengenai pembelajaran wanita di luar bandar. Namun, diejek dan ramai mentertawakan beliau.

Pada tahun 1964, Khatijah kalah dalam pilihan raya, menyebabkan beliau hilang minat untuk menabur bakti kepada PAS serta terdapat perbezaan pendapat dengan Dr. Asri Muda (Presiden PAS). Akhirnya, beliau meninggalkan PAS.

Beliau kembali kepada UMNO melalui cawagan Kampung Majidee Baru, Johor pada tahun 1971. Kemudiannya, meneriam jawatan Naib Ketua Wanita UMNO cawangan Selayang Baru.

Duduk sebaris bersama Tunku dan Barisan kepimpinan Parti<br/>Perikatan menjelang Pilihanraya umum 1956. Khatijah ketika itu<br/>Ketua Kaum Ibu UMNO (kini Wanita UMNO).

Image via Sudirman Rosli

Mempunyai barisan tentera sendiri menentang Jepun, Puteri Kesateria

Pada tahun 1943, Khatijah pernah menjadi guru di sekolah Nippon kerana pihak Jepun mahu beliau mengajar bahasa serta kebudayaan Indonesia kepada tentera dan Pegawai Tadbir Jepun.

Khatijah tetap aktif dalam persatuan-persatuan yang menerapkan semangat anti-Jepun kepada rakyat Indonesia. Kemudiannya, dilantik sebagai Pegawai Penubuhan Wanita (Hahanokai) dan Ketua Wanita Persatuan Pemuda di kampungnya.

Pihak Jepun berasa tergugat dengan 'aura' Khatijah dan mengugut beliau. Beliau membuat keputusan untuk melarikan diri ke Bukit Tinggi dan banyak kali cuba ditahan oleh tentera Jepun tetapi terlepas kerana menukarkan namanya kepada Aminah dan menyamar sebagai polis.

Kemana sahaja beliau pergi, Khatijah sangat melakukan gerakan wanita. Dikatakan, hampir 10 gerakan pernah dikemudi beliau.

Antara yang menjadi bualan ramai adalah Puteri Kesateria. Puteri Kesateria merupakan sukarela barisan tentera wanita dan ia merupakan salah satu strategi dalam menentang Jepun.

Ahli Puteri Kesateria dilatih ilmu tentera selama enam bulan. Mereka dikatakan berbaris setiap hari mengelilingi kampung dan memegang senjata kayu sambil menyanyikan lagu patriotik.

Malah, perkataan 'Merdeka' adalah tabu pada masa dahulu. Namun, beliau merupakan yang terawal melaungkan slogan tersebut.

Walaupun tabu, Khatijah pernah membuka kedai makan bernama 'Restoran Merdeka' bagi menyampaikan mesej.

Meninggal dunia dalam sebuah bilik kecil bersama anak-anak

Jasa Khatijah diiktiraf UMNO dan pernah ditawarkan sebidang tanah oleh mereka namun, ditolak Khatijah kerana baginya berpolitik bukan untuk tamakkan harta.

Sebelum meninggal dunia, beliau menggunakan kerusi roda akibat kaki lumpuh dan menghidap menyakit amenia. Pada tahun 1982, Khatijah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah bilik kecil bersama dengan anak-anaknya.

*Sumber: Laksamana Pencak Pertiwi, UKM, Memoir Khatijah Sidek dan Gloviss.

Image via Malaya Daily

Terima kasih atas segala jasa yang ditaburkan. Semoga tenang di sana :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment