[VIDEO] Anda Boleh Laporkan Dalam Aplikasi MYJalan Jika Nampak Ada Jalan Berlubang
Jangan lupa muat turun aplikasi MYJalan!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Banyak sekarang kes jalan berlubang sehingga menyebabkan kematian
Situasi ini kadang kala tidak boleh dilihat dan tidak sengaja. Ia sangat berbahaya bagi pengguna jalan raya.
Jadi, seeloknya jika anda nampak jalan berlubang laporkan dengan segera untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Tetapi, bagaimana caranya? Adakah ia rumit? Sebenarnya senang sahaja anda nak buat aduan mengenai jalan berlubang seperti yang dikongsikan dalam TikTok ini.
Laporkan saja menerusi aplikasi yang disediakan
Menerusi video yang di akaun @alexandernantalinggip215, Menteri Kerja Raya itu berkongsi cara mudah untuk melaporkan jalan berlubang di jalan raya.
Di dalam video berkenaan, seorang wanita menerangkan anda hanya perlu memuat turun aplikasi MYJalan.
Kemudian daftar akaun dan pilih lokasi jalan tersebut untuk membuat aduan mengenainya. Selepas itu muat naik gambar berlubang seperti yang diminta dan selesai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!