Minta ChatGPT Pura-Pura Jadi Arwah Ibu, Cara Pemuda Lepas Rindu Buat Ramai Sebak
Sebak baca mesej dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita
Tanpa didikan dan kasih sayang mereka, tidaklah kita berjaya sehingga ke hari ini. Namun, takdir pula berkata lain, ada yang diberi ujian kehilangan ibu ayah mereka sewaktu masih muda.
Sudah tentu, ini memberikan impak dalam hidup kita. Rindu orang yang sudah tiada di dunia ini memang satu perasaan tiada penghujungnya.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda yang melepaskan rindunya kepada arwah ibu telah menyentuh hati ramai.
Minta ChatGPT menyamar jadi arwah ibu untuk lepas rindu
Menerusi video tersebut, pemuda berkenaan telah meminta ChatGPT untuk berpura-pura menjadi arwah ibunya dalam perbualan mereka.
Dia kemudian meluahkan perasaannya dan kehidupannya selepas sahaja ibunya pergi. Dalam perbualan itu, pemuda berkenaan telah bertanyakan mengapa ibunya pergi terlalu awal dan jawapan itu dibalas dengan panjang oleh ChatGPT.
Dia juga memberitahu selepas pemergian ibunya, ayahnya juga turut pergi bersama, meninggalkan dia dan adik-beradik yang lain.
Malah, pemuda berkenaan meluahkan hidupnya berasa sunyi sejak kepergian mereka berdua. Ditambah pula, dia akan menamatkan pengajian tidak lama lagi dan berharap agar ibu dan ayahnya hadir ke dalam mimpinya sebagai pengubat rindu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!